Saturday, April 29, 2017

 

Bismillah.

Pertama sekali semestinya aku bersyukur pada Dia yang mengatur semua ni. Menghadirkan manusia demi manusia dalam hidup aku untuk mengajarkan sesuatu dalam hidup. Aku sangat percaya takkan ada pun satu perkara meski kecil, berlaku tanpa adanya sebab. Aku sangat bersyukur. Dan dari situ aku belajar untuk melihat bukan sahaja menggunakan mata. Bahkan hati juga perlu untuk melihat.

Untuk insan-insan yang masih ada dalam hidup aku, yang pernah memberi banyak kebaikan, jasa kalian semua aku serahkan pada Allah. Kerana itulah yang selayaknya untuk kebaikan kalian. Dan kepada yang mungkin pernah menyakiti aku, aku anggap itu semua hanyalah kafarah untuk aku. Mungkin aku lebih banyak lagi sakiti orang lain. Aku minta maaf sedalamnya.

Hari demi hari, aku sedar dunia ini sungguh pendek masanya. Persinggahan ini betul-betul terasa. Sangat pendek. Jadi, dengan kesedaran ini juga aku belajar untuk tidak mewujudkan apa-apa masalah dengan insan lain. Kerana... ia terlalu singkat untuk kau sakit hati, proses memaafkan, proses melupakan, ia mengambil banyak masa. Endahkan semuanya. Pedulikan. Itu lebih baik. Anggap saja semua itu cuma satu perjalanan yang agak gelap, di depannya nanti ada cahaya lagi dengan cara jangan mudah ambil hati. 

Hati. Ajar hati itu untuk mudah memaafkan. Ajar hati itu untuk mudah meminta maaf. Ajar hati itu untuk mudah menerima. 

Manusia. Manusia ini kau tak boleh paksa. Mungkin kau rasa, diri kau ditipu, tapi untuk mudah memaafkan, fikirlah dari pihak dia. Mungkin manusia itu ada privasi tersendiri yang memaksanya untuk tidak beri penjelasan sebaiknya. Jadilah manusia yang tidak memaksa. 

Hargailah insan-insan yang berada di sekeliling kau sebaiknya. Sentiasa ada peluang untuk kau baiki apa yang telah kau rosakkan. Sentiasa ada.

Bersangka baik sentiasa pada Allah. Itu kunci utama. Kerana hidup dan mati kau hanya kerana ALLAH. Manusia hanya asbab untuk kau capai redha Allah sepenuhnya. 

Hablu minAllah. Hablu minannas. Jaga sebaiknya.



Sunday, April 23, 2017


Bismillah.

Semoga kesabaran ini semakin hari semakin bertambah. Walau terkadang hati begitu penat dan lelah berhadapan dengan manusia yang menguji iman dan kesabaran. 

Sunday, April 2, 2017



Bismillah.

Hidup ini terlalu singkat untuk bersangka buruk pada orang, menyakiti hati orang lain, atau untuk terasa hati dengan orang lain.

Terlalu singkat untuk semua itu.

Bersangka baik. Berkata baik. Maafkan semua yang buat kamu terasa hati.

Berbuat baiklah dan terus berbuat baik meski terkadang kebaikan kamu tidak dihargai.

Kerana hidup ini terlalu singkat untuk kamu dapatkan penghargaan daripada manusia.

Cukup Di Atas Sana mengadili kamu untuk setiap kebaikan yang kamu buat.

(Nota untuk diri sendiri khususnya)

10:29 pm, Ahad
Asrama Blok F, Unisza.

Friday, December 9, 2016


Ego. Aku tak faham sangat ego tu macam mana. Tapi aku rasa ada sedikit ego dalam diri aku. And aku baru perasan. I dont know how to explain. Tapi benda tu rasa macam sesuatu yang kau nak tapi taknak buat and cuba untuk menafikan. Ego ke tu? Entah. Tapi perasaan tu sungguh menyesakkan jiwa. Sebab menahan daripada sesuatu yang kau nak. Tapi taknak tunjuk sebab takut tewas. huhu.

Saturday, July 23, 2016


Kalau esok-esok aku bercinta hingga lupa tuhan, tolong jangan lupa tarik aku untuk sedar diri,
Kalau esok-esok aku berperangai kalah setan, depan alim belakang haramjadah, tolong ingatkan aku peluang taubat masih ada.
Kalau esokesok aku jadi jahil semula, akal aku keras nafikan halal dan haram sebab segalanya indah, tolong ingatkan aku supaya kembali pada fitrah.
Dan jika esok-esok matiku tak sempat hijrah, moga dosa-dosa ku Allah ampun walau sebesar zarah.
Ya, aku bukan baik mana. Cuma doakan aku baik-baik dan bertambah baik.

Monday, July 4, 2016

Bismillah..
Alhamdulillah dah sebulan jugak since habis diploma haritu. Tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa dengan family. Terasa pantas sangat waktu berjalan. Dua tahun diploma macam sekelip mata je dah habis. Bulan ramadhan tahun ni pun macam terlalu pendek masanya. Tinggal esok je puasa, lusa dah raya. 

Selalu terfikir soal hidup ni. Perjalanan sampai sini. Masa betul-betul bawa aku dengan cepat. Dan setiap yang aku dapat, bukanlah seperti apa yang aku cita-citakan dulu waktu aku masih kecil.

But absolutely aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah walaupun tak sama seperti aku harapkan. Setiap pilihan yang aku buat, aku percaya Allah lah yang menggerakkan hati aku utk buat pilihan terbaik. Aku percaya Allah bekalkan jalan cerita terbaik. 

Kadang aku rasa masih di alam kanak-kanak. Tak pernah sedar dah mencapai umur 20tahun (Belum official). Cuma tersedar bila ibu ayah dah mula bercakap pasal kahwin. Aku rasa segan. Aku rasa perkara tersebut hanya utk org dewasa. Sedang aku rasa masih keanak-anakan. Kadang tak dapat terima bila perlu bercakap perkara mcmtu. 

Entahlah. Cuma aku berharap, aku boleh jadi lebih matang seiring dengan usia yang Allah beri. Paling penting, aku sangat berharap utk menjadi yang lebih baik terutamanya dalam agama. Kerana itu adalah tujuan utama kita sebagai hamba. Tambahan aku merupakan siswi bidang agama. Aku perlu tunjukkan contoh yang baik walaupun diri masih terumbang-ambing.

Cuma aku teringat pesan murabi, "Jika kamu yg belajar agama pun masih tidak baik akhlaknya, masih tidak menunjukkan contoh yg baik, bagaimana pula dgn masyarakat di luar sana yg mungkin tidak belajar ilmu agama langsung. Kamulah penyelamat mereka. Tunjukkanlah yg terbaik."

Dengan agama, aku boleh mengenali Pencipta. Aku boleh mengenali diri aku sebagai hamba. 

Setakat ini, cuma itu yang aku harapkan. Dengan agama, cukuplah semua. Mudah-mudahan.



Saturday, January 30, 2016



Perjalanan hidup setiap orang berbeza. 

Kadang Allah letak kita di tempat yang berbeza dengan orang lain sebab Allah nak tunjuk pemandangan kehidupan yang sangat berbeza yang mungkin cuma kau seorang je pernah nampak dan lalui. 


...


Jadi, tak perlulah risau Nazzuha.

Monday, October 12, 2015


I am looking for this beautiful ring.

Saturday, October 3, 2015


Lets not fall in love, we dont know each other very well yet.
Lets not make promises, you never know when tomorrow comes.
Dont ask me anything, I cant give you an answer.

Saturday, September 12, 2015

Aku sepatutnya jadi lebih dewasa.

Monday, September 7, 2015


Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sedari kecil mereka dididik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.
Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya. Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. 

Diri ini sangat mencemburui kalian wahai bidadari dunia. Semoga aku juga dapat menjadi seperti kalian. Sehebat Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah.
 ّاللّهم اجعلنا مثلهن

Sunday, September 6, 2015


Biar lemah di hadapan Allah. Jangan lemah di hadapan manusia.

Keep going.

Great things take time.


Friday, September 4, 2015



Tatkala kita tidak bangun utk qiam. Tidakpun merancang utk adakan masa dgn Allah di tengah malam. Apa tidak punya masa utk menangis merintih selepas solat fardhu? Apa tidak pernah terfikir utk minta ampun pada Allah? Mungkin kerana dosa susah utk kita berkhalwat dgn Allah pd waktu malam. Allahuakbar. Siapalah kita tanpa Allah. Dunia apa yg kita hidup dalamnya ini jika lupa pada Allah? Melainkan hanya kepuraan. Kesenangan yang ada juga cuma satu kelalaian. MasyaAllah persinggahan ini bukan sia-sia wahai manusia. Persinggahan ini istimewa buat kita. Kita tidak diminta utk dilahirkan. Tapi Allah mewujudkan kita. Kerana apa? Kerana Allah mahukan kita merasakan syurgaNya. Syurga tidak senang. Maka Allah berikan dunia. Persinggahan utk kita menyiapkan bekalan dan apa sahaja utk melayakkan kita pada syurga teragungNya. Bukan sengaja Allah berikan dunia. Dan bukan kerana kejam Allah menciptakan neraka. Tapi kerana sayang. Allah berulang kali berfirman neraka itu sangat pedih dan dahsyat. Agar manusia takut dan berusaha untuk syurga. Bayangkan jika tiada neraka. Maka berleluasalah kejahatan. Sedangkan kejahatan sudahpun berleluasa meski neraka tercipta. Siapa yg kejam kalau bukan diri manusia itu sendiri. Di mana letaknya kesedaran manusia. Maka sedarlah manusia. Persinggahan ini istimewa untuk kita. Jangan dipersalahgunakan. Merintihlah manusia pada Tuhanmu. Semoga dipertemukan denganNya di malam hari. Mengadulah segala kesenangan dan masalah yg dilalui. Cuma Allah memahami. Utk apa Allah sentiasa ada dengan hambaNya melainkan supaya manusia bergantung pada Allah. Sayangnya... Manusia lupa dia punya Allah.

Merintihlah dalam doamu. Menangislah atas dosamu. Allah mengerti manusia itu bagaimana. Jauh di sudut hatinya sangat merindui Tuhannya. 

Siapalah kita tanpa Allah.



Saturday, August 22, 2015



Aku rasa bebanan itu satu keperluan untuk jiwa. Jiwa yang terbeban sering mencari Pencipta. Kerana di situ terdapatnya ketenangan meski jiwa masih dalam bebanan. Di situ juga terdapatnya pertolongan ketika jiwa sudah tidak mampu bertahan.

Biarlah bebanan yang sentiasa ada. Khuatir jika gembira yang menjadi penghuni, jiwa terus kosong akan pengharapan kepada Pencipta. Bukan apa. Jiwa itu manusia. Manusia itu sering lupa. Khuatir andai saja lupa itu menjadikan jiwa lelah tanpa disedari kerana jauh dengan Penciptanya.

Tuesday, July 28, 2015


sebenarnya kita lebih banyak gunakan mata berbanding akal.

cubalah fikir perkara yang kita tak nampak pulak. jangan tau nak comment, judge dan complain perkara yang kita nampak  je. akal tu guna. bukan simpan.


Sunday, July 5, 2015


Dalam hidup ni manusia datang dan pergi. 

Ada yang datang sekejap lepastu pergi. 
Ada yang datang lama lepastu terus pergi. 
Ada yang datang sekejap tapi bagi banyak makna lepastu pergi.
 Ada yang datang lama dan pergi tanpa terduga. 
Ada yang datang dan pergi selamanya. 

Dan...

Ada juga yang datang kemudian pergi dan tiba-tiba datang lagi. 

Tak kisahlah, yang penting kalian adalah titipan Allah dalam kehidupan aku. Dan aku juga adalah titipan dari Allah untuk kalian. 

Terima kasih kerana hadir dan juga yang akan hadir nanti. Kalian mengajar aku banyak perkara.

Sunday, January 12, 2014

Bismillah


Belum ada kata-kata.