Monday, July 4, 2016

Bismillah..
Alhamdulillah dah sebulan jugak since habis diploma haritu. Tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa dengan family. Terasa pantas sangat waktu berjalan. Dua tahun diploma macam sekelip mata je dah habis. Bulan ramadhan tahun ni pun macam terlalu pendek masanya. Tinggal esok je puasa, lusa dah raya. 

Selalu terfikir soal hidup ni. Perjalanan sampai sini. Masa betul-betul bawa aku dengan cepat. Dan setiap yang aku dapat, bukanlah seperti apa yang aku cita-citakan dulu waktu aku masih kecil.

But absolutely aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah walaupun tak sama seperti aku harapkan. Setiap pilihan yang aku buat, aku percaya Allah lah yang menggerakkan hati aku utk buat pilihan terbaik. Aku percaya Allah bekalkan jalan cerita terbaik. 

Kadang aku rasa masih di alam kanak-kanak. Tak pernah sedar dah mencapai umur 20tahun (Belum official). Cuma tersedar bila ibu ayah dah mula bercakap pasal kahwin. Aku rasa segan. Aku rasa perkara tersebut hanya utk org dewasa. Sedang aku rasa masih keanak-anakan. Kadang tak dapat terima bila perlu bercakap perkara mcmtu. 

Entahlah. Cuma aku berharap, aku boleh jadi lebih matang seiring dengan usia yang Allah beri. Paling penting, aku sangat berharap utk menjadi yang lebih baik terutamanya dalam agama. Kerana itu adalah tujuan utama kita sebagai hamba. Tambahan aku merupakan siswi bidang agama. Aku perlu tunjukkan contoh yang baik walaupun diri masih terumbang-ambing.

Cuma aku teringat pesan murabi, "Jika kamu yg belajar agama pun masih tidak baik akhlaknya, masih tidak menunjukkan contoh yg baik, bagaimana pula dgn masyarakat di luar sana yg mungkin tidak belajar ilmu agama langsung. Kamulah penyelamat mereka. Tunjukkanlah yg terbaik."

Dengan agama, aku boleh mengenali Pencipta. Aku boleh mengenali diri aku sebagai hamba. 

Setakat ini, cuma itu yang aku harapkan. Dengan agama, cukuplah semua. Mudah-mudahan.